Monday, June 17, 2013

Jodoh?

Bismillah. Assalamualaikum. Hari tu Aten ade bg aku satu buku. Hadiah sempena hari nurses day katanya. Terima kasih Aten! Love you till Jannah toooo! Rase nak peluk cium je Aten skrg. Hihi.

Hbs je bace buku tu, aku duk tertanya-tanya sape la jodoh yang Allah tlh tetapkan untuk aku kat Loh Mahfuz sana? Aku impikan dia sbagai seorang yg Soleh. Agar dgn bersamanya, langkah kaki aku akan menapak hampir kpd Allah. Dan dgn menjadi temannya di dunia ni, aku akan semakin dekat dgn Allah.

Dia mencintai aku dan aku mencintai dia. ^__^

Dari dulu lagi aku impikan lelaki yang soleh. Menjadi permata yang dicarinya, dan menjadi penyejuk didasar hatinya. Plg penting aku ingin memudahi hidupnya bkn untuk menyusahinya.

Sekarang aku dah 21 tahun. Rasa ingin tahu sapekah dia yang telah dijanjikan untuk ku itu semakin bergelora. Yang aku tahu, solehah itu akan berada di samping yang soleh. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment