Tuesday, November 13, 2012
Ajaib hidup ni dgn doa.
KITA SERING KALI TERLUPA BAHAWA ALLAH LEBIH TAHU APA YANG KITE PERLUKAN.
Cuma apabila Allah memperkenankan sesuatu hajat, Dia memperkenankan dalam berbagai rupa. Manusia kadang-kadang dia mintak wang, sebenarnya dia bukan nak wang, dia nak kebahagiaan tapi dia sangka adanya wang ada kebahagiaan. Allah kdg-kdg tak bg wang sebanyak yang dia harap tp Allah bg kebahagiaan kpd dia. Dia mintak isteri cantik dia berkenan dgn seseorg tu Allah tahu mgkin tak baik untuk dia, Allah beri jgk isteri pd dia tp dia kate bkn yg aku doa haritu tp yg Allah beri tu lebih baik untuk kehidupan dia, lebih baik untuk kebahagiaan rumah tangga dia, lebih baik utk meneruskan perjalanan hidup namun Allah menghampakan hamba, tidak sama sekali. Tapi dia sangka yg aku mintak tu tak sampai2 lagi TAKK, sebahagian besar hayat kau telah kecapi nikmat itu.
TERUSKAN MENGHARAP DGN TUHAN MU.
Hanya kepada-Nya kita sembah. Hanya kepada-Nya kita memohon.
Manusia berhubung terus dgn Tuhan. Dia minta. Iblis mintak spy di panjangkan hayatnya sampai hari kiamat Tuhan perkenankan doa iblis itu, padahal derhaka betul iblis tu. Takkan hamba Dia yg sembahyang minta tak bagi, TENTU DIA BAGI. Hatta manusia islam, dia naik kete die tgk satu org susah tepi jalan dia kate "Ya Allah kasihanlah dgn hanbamu yg susah ini berilah rezeki padanya kite kesian tgk dia naik moto kite naek kete hujan. Nabi kate "Tiada hamba Allah yg doa dlm keadaan saudara itu tak tahu melainkan Allah hantar malaikat2 untuk kau pun mcm itulah juga" Maksudnya engkau minta yang baik utk dia, untuk engkau pun mcm itulah juga.
Al Baqarah, ayat 186 : Bila hamba-hamba Ku bertanya engkau wahai Muhammad tentang Ku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku menyahut doa orang yang berdoa kpd Ku hendaklah mereka menyahut seruan Ku dan beriman kepada Ku. Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk. Semua doa menjelma melainkan hamba itu tidak berdoa bersungguh-sungguh.
Maka kamu berdoalah kpd Allah dlm keadaan kamu yakin kamu kan diterima. Ketahuilah Allah tidak akan menerima doa drpd hati yg lalai dan alpa, Dia tak terima.
Wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment