Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya ke 3 !

Maaf cheq lambat wish! Tapi better late than never bebeh! Oke lah dah masuk raya ke tiga, cepat je mase berlalu. Selamat tinggal Ramadhan selamat datang Syawal. Di kesempatan ini, aku ingin memohon berjuta bermillion berbillion bertrillion *over!* kemaafan dari korang semua samada yang dekat atau jauh dari pandangan. Mohon halalkan segala kelakuan yang kurang lazat ini sepanjang mendampingi korang sume ye.

Ade lagi, nak pesan sikit hmmm sape pun korang di masa dulu-dulu, tu tak bermakna korang sume tak berhak nak jadi seorang Muslimah / Muslim yang baik disayangi dan dihormati lagi disegani tau! Jom kite berusaha mendidik diri menjadi Muslimah / Muslim yang baik :) Me myself masih belajar erti solehah you knowww! Banyak bende lagi taktahu. So, usaha tu perlu diteruskan no matter how and tanpa mengenal erti penat apatah lagi jemu. Tinggal masa lalu yang perit tu jadikan ia satu pengajaran bukan satu penyesalan yg berpanjangan. Oke kawan-kawan? :')

Yang ni pulak sekadar renungan bersama je, sbb mungkin ramai tertanya-tanya lagi kenapa agaknya kita perlu berpuasa 30 hari di bulan ramadhan, puasa sunat 6 hari di bulan syawal? Ikut andaian para alim ulama dan para pengkaji ilmuan, ianya ada kene mengena dengan jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Puasa di bulan Ramadhan 30 hari adalah bersamaan dgn selama 300 hari dalam setahun manakala puasa 6 hari di bulan Syawal menyamai puasa selama 60 hari dalam setahun dan akhir sekali 5 hari lagi adalah hari umat islam di haramkan berpuasa iaitu hari Aidilfitri, hari Aidiladha dan 3 hari Tasyrik iaitu 11, 12, 13 Zulhijjah. Tak hairan lah Nabi Muhammad SAW pernah bersabda sesiapa yang berpuasa sebulan di bulan Ramadhan dan kemudian berpuasa 6 hari di bulan Syawal seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun! Wallahu'alam.

Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA KE TIGAA ! Jemput datang ke rumah di Lot 1444, Kampung Kubang Bemban :) Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment