Thursday, June 21, 2012

Hasbunallahu wa ni'mal wakil


Indahya sebuah ikatan jika di sulami dgn rasa cinta yang di redhai oleh Allah kan?

Ya Akhi Ya Ukhti, jika ada sesiapa pinta cintamu katakan ianya hanya untuk Allah. Jika ada sesiapa pinta rindumu katakan ianya hanya untuk Rasulullah. Jika ada sesiapa pinta kasihmu katakan ianya hanya buat untuk kedua ibubapamu. Jika sesiapa pinta sayangmu katakan padanya kau menyayangi saudara seislamanmu namun jika sesiapa pinta keikhlasanmu dan kau meyakini agamanya maka berilah ia kepada yang benar-benar menghargaimu dan ingin membawamu ke syurga cinta yang di redhai Nya.

Abangggg, datang pinang Sa lekaiiih. Sa nak kawinnn! :P

Subhanallah ape yang aku repek ni? Wakakaka. Yela, sape taknak kawin oi. Cuti-cuti ni kenduri-kendara situ sini, besst wo tgk org kawin muke bahagia je. Aku dah 20 kot. 20 is no longer considered a teen! Member aku yang sebaya aku pun ade yang dah kawin. Seronok weh tengok kawan sebaya kawin rasa mcm turn kita pon dah dekat. Tp aku takdak calon lagi, ade tak sesape sudi? Kikikiki. Lek sa, lek lek (rilek) Rezeki kadang-kadang datang secara unpredictable. Trust Allah. Bile Allah sayang kite, automatik manusia pun akan sayang kita InshaAllah.

Aku bersyukur sebab aku terpelihara dari perbuatan mungkar yg sering melanda anak muda zaman sekarang iaitu couple. UAI kate, couple tu haram tapi bercinta tu wajib. Dapat tangkap tak maksud die? Sebenaqnya aku ade je sayang orang tapi yelah die macam yeye je ngan aku. Dahla die duk jauh. Blh pecaye ke hubungan jarak jauh ni? Haish. Aku tak berani a nak letak harapan dekat die. Tapi ade la sikit simpan angan-angan tu. Aku letak 100% pada Allah. Ya Allah jika bukan namanya yang tercatat untukku jauhkanlah dia dari pandanganku dan sisihkanlah dia dari hatiku. Aminn.

Aku tidak mau aih mainan perasaan aku ni menjadi salah satu penyebab aku ingkar mencintai-Mu. Dekatkanlah aku sentiasa mencintaiMu lebih dari aku mencintai hal yang lain. Allah. Lindungi hatiku ini saat aku mencintai sesiapa lebih dari diri Mu dan peliharalah imanku selalu kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung bagiku. 

Umi pesan "sejauh mana kita merancang, sejauh mana kita setia, sejauh mana kita menunggu, jodoh yang ditentukan oleh Allah itulah yg terbaik"

No comments:

Post a Comment