Monday, August 1, 2011

:'(

Sesungguhnya apa yang aku lalui hari ini sekadar apa yang di aturkan di Atas sana. Melaluinya dengan langkah yang cukup bersederhana, dengan hati yang cukup merasa biasa.

" YA ALLAH, sentuhlah hatiku ini saat aku jauh dari Mu. Peluklah hatiku ini saat aku mencintai sesiapa lebih dari diri Mu. Dan peliharalah imanku selalu kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung bagiku. Semoga diriku sentiasa berada di bawah naungan kasih sayang Mu. "

Maaf, aku bukanlah gadis yang pandai bercakap dari sudut islami seperti sahabatku yang lain. Cuma apa yang ingin aku katakan akhir2 ini banyak masalah yang berlaku yang melibatkan keluarga aku dan diri aku sendiri. Hanya istighfar yang mampu aku lafazkan. Air mata aku pun sudah letih untuk di alirkan lagi. Senyuman di muka terasa tawar.

Ya Allah, bila lah segalanya nak beransur dengan lebih baik ? Ya Allah, dekatkanlah aku sentiasa mencintai Mu lebih dari aku mencintai hal yang lain. Aku tidak mahu mainan perasaanku menjadi salah satu penyebab aku ingkar mencintai-Mu.

:'( 

2 comments:

  1. memang patut pm...muko comey....tapi penipu..sumo jate hok hnsem mu nok...mu pk laaa.

    ReplyDelete
  2. bakpo? gapo saloh aku? :'( :'( :'(

    ReplyDelete