Tuesday, January 3, 2012

Pesanan buat Muslimah & Perempuan.

UNTUKMU MUSLIMAH


Peliharalah aurat mu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan diri mu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu. 

MUSLIMAH,

Peliharalah solatmu. Tundukkanlah pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak, engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu ALLAH. Moga diri mu di sambut dengan penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH,
 
Berakhlak lah dari panduan Rasulmu. Contohi dan ikuti nya. Pasti engkau jua yang akan bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH,

Jadikanlah diri mu seperti permata berharga di celah kaca. Ikuti perintah agama. Jauhi larangan-Nya. Al-Quran jd panduan hidup mu. Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH,

Jangan biarkan diri mu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depnmu. Tetapkan iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat diri mu. Jangan menjadi seperti kail panjang sejengkal lautan hendak di duga.

MUSLIMAH,

Nilai cintamu hanya pada ALLAH SWT yang SATU. Kasihi Tuhanmu. Redhalah ISLAM menjadi agamamu. Pasti tiada yang kecewa buatmu. Kelak,satu hari nanti ada insan yang menantimu. Berkat kasihmu pada ALLAH SWT yang SATU.  Pasti itulah yang menjadi cintamu di dunia wasilah dari ALLAH SWT. Moga bertambah redha ALLAH padamu. Melimpah kasih-Nya padamu.  Kerana engkau meletakkan kasihmu pada-Nya dahulu sebelum cinta pd kekasih yang menjadi pilihan hatimu.


UNTUKMU PEREMPUAN.

PEREMPUAN YANG MAHAL ITU,

Adalah perempuan yang mengabdikan dirinya untuk Allah SWT dan memperjuangkan kekuatannya semata-mata untuk Islam. 

PEREMPUAN YANG MAHAL ITU,

Adalah perempuan yang berusaha mencari cinta Allah SWT di dalam setiap langkah hidupnya.
 
PEREMPUAN YANG MAHAL ITU,

Adalah perempuan yang apabila digoda dan dirayu oleh fitrah lelaki, hatinya teguh mempertahankan iman dan maruahnya sebagai seorang muslimah harapan Islam.
 
PEREMPUAN YANG MAHAL ITU,

Adalah perempuan yang benar-benar yakin dan redha terhadap jodoh yang telah Allah SWT tetapkan untuk dirinya. Tanpa perlu mencari-cari cinta yang permulaannya atas dasar nafsu jiwa remaja.
 
PEREMPUAN YANG MAHAL ITU,

Adalah perempuan yang murah dengan air mata tatkala merintih menghadap kekasihnya di sepertiga malam lantaran mengenangkan dosa-dosanya yang telah lalu, justeru mengakui kekerdilannya sebagai seorang hamba.
 
PEREMPUAN YANG MAHAL ITU,

Adalah perempuan yang berusaha menyampaikan peringatan-peringatan dari Allah SWT walaupun hanya sedikit lantaran mengotakan kata-katanya sebagaimana dia memperingatkan sahabat-sahabatnya.
 
PEREMPUAN YANG MAHAL ITU,

Adalah perempuan yang mana hati sucinya tidak pernah jemu mencintai dan terus-menerus merindui saat-saat untuk bertemu Tuhannya.
 
JADILAH KHAZANAH YANG MAHAL ITU !
 
Semoga suatu hari nanti, kita menjadi muslimah yang sejati.

Amin.

No comments:

Post a Comment